Sunday, March 30, 2008

Perancangan Pembangunan

Klebang amat dikenali kerana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan samada dari negeri Melaka sendiri ataupun dari luar Melaka. DUN Klebang banyak menumpukan kepada bidang pelancongan sebagai hasil sampingan ekonomi penduduk setempat. Pembinaan Melaka Empayar Worldwide iaitu sebuah taman tema di Persisiran Pantai Klebang merupakan salah satu tarikan pelancong pada masa akan datang. DUN Klebang juga sedang mempromosikan tempat menunggang kuda di kawasan persisiran Pantai Klebang yang diuruskan oleh Persatuan EKUIN Negeri Melaka.